Elegant Rose - Working In Background KEHIDUPAN
BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Tuesday, 20 November 2012

Karya


A



niza, Arie, dan Eza bercadang untuk berpindah kerumah yang baru kami beli daripada hasil titik peluh kami bersama. Rumah teres dua tingkat yang bertentangan dengan taman reakreasi menjadi pilihan kami untuk meneruskan hidup kami bertiga.
“Ha, dah sampai pun kita…!” kata eza kepada kami berdua.                                            “Nampaknya kita kene kerja keras sikit hari ini…” Arie berkata sambil senyum.                         “Kenapa pulak, hari ini kan hari minggu, kenapa kerja kuat…” keliru Aniza.                                     “Lah kau ini, kan kita nak kemas rumah mestilah kerja kuat sikit…” terang Arie.                           “Oh…. Ye tak ye jugak… heheheheh aku lupalah… hehehehe…” jawab Aniza.
Setelah, sekian lama bertekak di dalam kereta, akhirnya kami bertiga turun dari kereta kembara milik Eza. Kami bertiga membahagikan tugas. Aku mengambil bahagian mengemas ruang tamu, Arie pula akan mengemas di bahagian dapur manakala Eza pula mengemas di bahagian luar rumah.
“Eh, penatlah bila nak berehat ini…” kata Eza dengan lesunya.                                                             “Lah kau ini, kan baru jer kita mula mengemas…” kata Aniza kepada Eza.                                   “Bukan apa, aku cuma penat. Yelah, aku kan tak cukup sebab kerje, sekarang kene mengemas rumah pulak. Penatlah….” Terang Eza dengan panjangnya.                                           

“Yelah…, nanti aku tolong sambung mengemas tempat kau” kata Aniza.                                       “ Aniza, Arie mana…?” tanya Eza.                                                                                                                    “Arie ada kat dapur tu…., semangat mengemas rumah baru… hehehehe…” Aniza berkata. “Apa kata petang ini kita pergi taman kat depan tu nak…?” cadang Arie yang entah muncul dari mana agaknya.
“Ha, taman..? Penatlah…, kan kita baru siap berkemas tak kan petang nak pergi taman..” “Ala…., kita pergi jelah… Cuci-cuci mata, jangan kita senam…”                                                                            

“ Yelah, aku ikut…, habis Aniza ikut ke tak..?”                                                                                                                                                    

“Aku mestilah ikut… Betul tak Arie… hehehe…?”                                                                            

“Siapa tak kenal Aniza… Kalau pergi cuci mata dialah orang pertama, hehehe….” 

“Hehehehehe….” gelak Aniza.

Sunday, 23 September 2012

MENGHARAP YANG BELUM PASTI...




Menaruh harapan dan mengharap seseorang yang belum pasti hanya mengundang kekecewaan. Jangan biarkan diri kita hanyut dengan perasaan yang belum pasti penamatnya. Jangan sesekali memberi hati dan sayang terlalu mendalam pada seseorang agar kita takkan tersungkur bila kita di lukakan. Memamng benar, hati kalau dah berkenan tak boleh nak wat ape... Tapi sekurang - kurangnya berusahalah untuk tidak terlalu menyayanginya. Perit jika cinta dan sayang kita tidak dapat balasan dari pasangan. Yang pasti sayangi diri sendiri dari diri orang lain.... peace...

Tuesday, 31 July 2012

Motif Band - Tuhan Jagakan Dia with Lyrics

KERANA SAYANG DAN CINTA...




Kerana sayang dan cinta, ku terpaksa melepaskan dia pergi untuk kebahagiaanya. Walaupun sidia tidak mengetahui betapa derita dan kecewanya kita kerana kehilangannya. Sebuah percintaan memerlukan sebuah pengorbanan untuk mendapatkan kebahagiaan. Diharap pengorbananku ini dapat dilihat oleh sidia. Semoga bahagia. Setiap yang berlaku termasuk perpisahan mempunyai hikmah yang tersendiri. Bersabarlah dan bertawakal kepada-Nya agar setiap yg berlaku ada hikmahnya. Tak semua manusia di uji dengan masalah ini kerana hanya manusia yang terpilih sahaja yang mampu mengharungi masalah ini... Kecewa, terluka dan derita.... Banyakkan bersabar....

Tuesday, 19 June 2012

PARAS RUPA



Cinta tak memandang paras rupa, gemuk, kurus, pendek, hitam ataupun putih.
Cinta datang dari keikhlasan hati dan kesucian hati. Terima lah kelebihan dan
kekurangan pasangan. Yang penting hargai kasih sayang dan cinta dari
pasangan kita.

Thursday, 14 June 2012

RINDU



Dedaun masa bagai lelah, mengira hari - hari yang kosong, bercandaku dengan malam,
berbicaraku pada siang, mengapa kekasihku hilang, aku dalam kerinduan....

Monday, 11 June 2012

AIR MATA

Air mata ini mengalir sekali lagi kerana orang yang disayangi. Tapi berbaloikah air mata ini mengalir untuk seorang sepertinya...? Seseorang yang tidak tahu menghargai perasaan sayang dan sanggup menduakan. Berbaloikah....? Keluarkanlah air mata untuk menangisi sesuatu yang indah dan berharga bukan kerana dicurangi...!!